Friday, January 18, 2008

Warna yang dipakai mempengaruhi sikap...

Posted on 12:02 PM by Corporate Affairs

salam semua forumers....

ada yang 'detail' pasal warna-warna...
ada yang tak peduli dan tak kisah pasal warna....

sebenarnya warna-warna memainkan peranan dalam hidup kita....

warna terbentuk atau terhasil dari pecahan warna asli iaitu putih... dan ianya boleh dibuktikan dengan melihat pecahan warna melalui prism @ prizma atau pancuran air yang membelakangi cahaya matahari ataupun paling mudah melihat warna pelangi...

tetapi warna pelangi ada 'terbalik' dari susunan warna sebenar..

susunan warna sebenar ialah putih, unggu, biru, hijau, kuning, oren dan merah... (warna pelangi akan melihatkan warna merah di kedudukan paling atas)...

setiap warna itu mempunyai tenaga atau frekuensi yang berbeza-beza...
frekuensi yang paling tinggi ialah frekuensi warna putih... dan paling frekuensi warna yang paling rendah ialah warna merah....

dalam tubuh manusia susunan warna itu mengikut warna putih di atas dan paling bawah ialah warna merah...

warna putih di atas kepala atau ubun-ubun
warna unggu terletak 'level' mata
warna biru di level leher
warna hijau di level dada
warna kuning di level perut
warna oren di level kemaluan
warna merah di bawah (kemaluan ke bawah)

cth paling mudah aialah apabila kita terkena 'beguk'... beguk itu terhasil akibat kurangnya paras atau kandungan iodin... dan dari segi sains warna (sains metafizik), tubuh badan seseorang itu kekurangan tenaga atau frekuensi biru...

dan mengikut petua orang tua-tua.... letak sahaja nila yang dicampur dengan cuka di leher atau kawasan beguk itu...

namun dari segi metod perubatan sains metafizik, memadai kita membalut beguk tersebut dengab kain berwarna biru.... dan hasilnya tetap sama, beguk itu akan sembuh insya allah dalam masa kuruang dari satu hari...

kain biru tersebut sebenarnya mempunyai frekuensi warna biru dan sudah pasti ianya akan menyalurkan tenaga biru ke tempat beguk yang mengalami kekurangan tenaga tersebut..

jika dilihat dari contoh di atas, kita tidak dapat lari dari mengatakan bahawa apa yang kita pakai sudah tentu akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku diri kita... memang ada perbezaannya jika kita memakai baju merah dengan memakai baju putih.... kerana satunya berfrekuensi tenaga tinggi yang boleh menjana semangat manakala satu lagi memberi tenaga rendah yang boleh melemahkan mood seseorang itu jika memakainya keterlaluan...

begitulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi di waktu yang singkat ini....

moga bertemu lagi....

selamat bermain dengan warna

Sifu Mirza

No Response to "Warna yang dipakai mempengaruhi sikap..."