Friday, January 18, 2008

Sikap Cemerlang....

Posted on 12:19 PM by Corporate Affairs

salam semua....

90% dari CEOs yang berjaya, menetapkan bahawa kejayaan mereka adalah hasil dari mempunyai sikap yang 'Betul'...

berbicara tentang sikap adalah mudah
melaksanakan apa yang dibicarakan adalah satu faktor yang 'berat'

kerana sikap adalah 'pembentukkan' atas perbuatan yang dilakukan berulang-ulang kali sehingga ianya menjadi sebati dengan diri kita.

apa itu sikap yg baik?.....

jujur
amanah
rajin
kuat berusaha
penyabar
baik hati
pemurah
fokus
dll.....

apa itu sikap yg tak baik?

apa sahaja yg negetif....
bahasa arab kata sifat-sifat mazmumah....
spt... tidak amanah
mungkir janji
curi tulang
penipu
pemarah
hasad
dengki
dll....


sering kita terhimpit oleh keadaan apabila hendak melakukan 'anjakan paradigma' dalam melakukan perubahan dari sikap negetif kepada sikap positif....

utk jadi yang baik atau terbaik....sudah pasti tuntutan 'perubahan' wajib dilakukan walau apapun keadaannya...
perjalanan perubahan sikap ini wajib dilakukan bermula dengan niat, diikrarkan dengan lafazan dan dilaksanakan dengan perbuatan....

siapa kata berubah itu susah atau sukar?

sudah pasti utk berubah itu senang.... senang? ya senang sebab kita yang mengawal diri kita, bukan sesapa pun berhak ke atas diri kita kecuali Allah....
kita sendiri telah diberi 'kerajaan' untuk diperintah.... dan menentukan kerajaan kita sendiri...
bagaimana kita berjaya memerintah dengan cara kita atau kerajaan kita adalah terletak kepada diri kita serta sikap yang betul...

siapa dan apa kerajaan kita?
kerajaan yang kita perintah ialah 7 anggota utama kita menjadi 'exco'.....mata, hidung, telinga, mulut, kaki, tangan serta aqal...

untuk memerintah 'kerajaan' dengan baik.... sudah pasti kita wajib mempunyai sikap yang betul...

tahu menyusun masa, pandai meletakkan keutamaan, pandai mengurus, pandai membaca situasi, bijak berkumunikasi, bijak merancang hari hadapan, bijak menyelesaikan permasalah dsbnya....

sikap yang betul?....ya sikap betul adalah sikap yang cemerlang
sikap yang betul datang dari minda yang sihat serta hebat....

minda?... ya minda....
otak hanya alat, perisiannya minda...

minda yang hebat dijana oleh 'pusat janakuasa' yang tentunya hebat....

pusat janakuasa itu adalah hati....

selamat mempunyai sikap yang cemerlang...

wasalam
Sifu Mirza

No Response to "Sikap Cemerlang...."