Friday, January 18, 2008

Pikir Susah...Susahlah kesudahannya....

Posted on 12:20 PM by Corporate Affairs

salam semua....

apa khabar hari ini?
moga ceria senantiasa....

nak cerita pasal 'kotak' pemikiran kita yang besarnya lebih kurang bola sepak saiz 4.... kalau paling besar pun saiz 5 atau 6...

apa-apa tindak tanduk kita atau apa yang kita lakukan sudah pasti akan melalui proses pemikiran...tidak kiralah ianya keputusan yang mengejut ataupun tidak....(keputusan mengejut seperti tersentak dan sebagainya juga melibatkan kotak pemikiran kita...)

kerna semua tindakan anggota tubuh badan akan melalui kotak akal dan akal akan memberi arahan kepada mana-mana anggota samada untuk bertindak dsbnya.....

ok.... terus kepada topik hari ini.... berkenaan atas pasal pikir....

saya katakan jika kita pikir susah maka kesudahannya akan susah....

kenapa saya kata begitu?.... sebab apa yang kita pikirkan ianya adalah berkenaan dengan tenaga + isyarat.... dan apa yang kita katakan ianya adalah berkenaan dengan tenaga dan doa.... dan apa yang kita lakukan adalah berkenaan dengan tenaga dan ikhtiar....

pikir = tenaga + isyarat
lafaz = tenaga + doa
perbuatan = tenaga + ikhtiar

kesemuanya mempunyai unsur tenaga....dan bahasa 'lama'nya ialah nyawa.....

jadi, jika kita pikir hidup kita ini susah.....maka kita telah menghantar isyarat yang mempunyai tenaga kepada seluruh anggota tubuh badan kita mengatakan bahawa diri kita ini susah....

ianya mempunyai 'effect' yang berangkai....sama seperti perumpamaan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.... dan jika setiap hari kita 'menzikir' kan bahawa kita susah....maka ianya akan menjadi seperti apa yang kita pikirkan....

lihat prosesnya....

proses pertama : kita pikir kita susah..... pikiran akan memberi isyarat kepada anggota tubuh bahwa kita susah....

proses kedua: kita lafaz kan bahawa kita susah.....maka kita memanjat doa yang juga merupakan tenaga yang memperakui kesusahan kita

proses ketiga: kita melakukan segala perbuatan dalam keadaan kita mengakui betapa susahnya untuk melalui hidup yang susah ini...dan anggota kita juga menerima arahan bahawa segala-galanya adalah susah....

ketiga-tiga proses itu berlaku serentak....dan penghujungnya?.... sudah pasti kita susah....

sebab itulah ada slogan 'Malaysia Boleh' dicanangkan keseluruh pelusuk negara...untuk dilaungkan oleh semua rakyat....
sebab apa?.... sebab slogan itu memberi tenaga.....

cuma 'lacking'nya ialah dari sudut pemahaman...... pihak-pihak yang melaungkan slogan itu perlu memberi pemahaman tentang mengapa dan untuk apa laungan itu perlu dilakukan.....

oleh kerana tiada sebarang sesi pemahaman berlaku, maka slogan itu hanya tinggal slogan sahaja.....

dan kita belajar lagi tentang 'pemahaman'..... kerana melakukan sesuatu tanpa sebarang pemahaman adalah perbuatan yang sia-sia..... untuk memahami, maka seseorang itu perlulah belajar iaitu menuntut ilmu.... dan sudah pasti, menuntut ilmu ini 'wajib' ke atas setiap manusia.....

so?.... 2 perkara: pertama jangan pikir negetif......(susah, malas, penat/walau tak penat, dsbnya)... kedua: perlulah terus menuntut ilmu utk memahami....

wasalam
Sifu Mirza

No Response to "Pikir Susah...Susahlah kesudahannya...."