Friday, January 18, 2008
Mendidik Anak-anak....
salam semua...
ramai di antara kita mempunyai masalah dengan anak-anak....
di peringkat awal didikan tidaklah sesukar di peringkat pembesaran yang bermula dengan zaman persekolahan.
suka saya memberi tips yang dipanjangkan dari Rasulullah s.a.w. menerusi Saydina Ali Karamallahi Wajha..
pada usia anak 1 - 7 tahun....didiklah anak-anak dengan penuh kasih dan sayang (ibarat kata orang, menatang minyak yang penuh)...cuba penuhi permintaan mereka dengan 'fatonah' yakni bijaksana....
pada usia anak 7 - 15 tahun.....didiklah anak-anak dengan penuh disiplin (ibarat kata orang sayang anak tangan-tangankan)... pantau dengan dekat serta ambil berat akan pergerakan anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan... pada ketika ini didikan dengan disiplin amat perlu kerana di sinilah bermulanya pembentukan 'sikap'mereka...
sedikit petua.... anak lelaki kita kena lebihkan 'logik' manakala anak perempuan kita kena lebihkan 'emosi'.
pada usia anak 15 - 21 tahun.....didiklah mereka seperti kawan.... jadikan kita ini tempat mengadu segala masalah, berkongsi segala suka duka...(ini perlu untuk mengelakkan mereka pergi mencari rakan-rakan untuk meluahkan isi hati, masalah dan sebagainya)...jika mereka sudah mula meletakkan rakan lebih penting dari ibubapa.....susahlah sedikit nanti...
manakala pada usia 21 ke atas.... jika sudah cukup syarat dan sampai seru maka izinkanlah mereka berkahwin....
begitulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi.... rangka-rangka dalam mendidik anak.... realitinya bergantung kepada kita sendiri namun, jgn sesekali mengabaikan saranan Rasulullah ini...kerana Baginda adalah sesempurna contoh buat kita....
selamat berjaya...
wasalam
Sifu Mirza
No Response to "Mendidik Anak-anak...."
Post a Comment