Friday, January 18, 2008

Betapa susahnya untuk berubah...

Posted on 12:17 PM by Corporate Affairs

Assalamualaikum semua,
Mahu berubah? Ubah diri? Perubahan Diri? Nak berubah jadi baik?
Kesemua soalan itu bagi saya adalah sama, tak kira bagaimana kita menyatakannya....
Senang ke nak berubah? Itu soalan yang baik untuk ditanya kepada diri kita...
Sesetengah orang kata..."senang je...anytime aku boleh"
Hakikatnya? AMATLAH SUSAH UNTUK BERUBAH !!
-JAHAT jadi BAIK...
-KEDEKUT jadi PEMURAH....dan banyak lagi yang kita boleh fikirkan..

Secara jujur saya katakan bahawa nak berubah diri kita ini kepada ssesuatu yang dah biasa kita lakukan saban hari adalah sangat susah dan tidaklah seperti yang kita fikirkan

Perubahan diri bagi saya memerlukan satu pengorbanan yang besar bermula dari hati yang bersih dan jiwa yang suci.

Kita perlulah terlebih dahulu mempunyai NIAT didalam hati untuk berubah. Kita wajib memastikan bahawa NIAT kita tersebut mestilah kerana apa?, kerana siapa?, untuk apa? dan untuk siapa?

Adakah untuk kepentingan NAFSU semata-mata atau untuk tujuan tertentu sahaja?
Adakah niat berubah itu untuk diri kita atau untuk Dia yang maha esa?

Yang pertama, kita perlulah mempunyai NIAT berubah hanya kerana ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa
kerana DIAlah yang menentukan segala-galanya, malah nak berubahjuga memerlukan hidayah dariNya dan saya pasti Tuhan tidak pernah walau sesaat menutup pintu perubahan kepada hambanya malah membuka seluas-luasnya tetapi kita sebagai hambanya yang sering melakukan disebaliknya.

Yang kedua, kita perlulah meluahkan Niat kita itu tadi melalui KATA-KATA atau PERKATAAN atau PERCAKAPAN kita. Ada pepatah orang tua-tua berkata: "Mula-mula cakap bohong, lama-lama mencuri"
Dari ungkapan tersebut kita dapat lihat bahawa perkataan atau kata-kata yang keluar dari mulut kita ini adalah satu doa yang sangat mustajab untuk membentuk diri dan peribadi kita.

Macamana, senang tak nak berubah? Susah kan?
Bila NIAT dah betul, kita kena betulkan 'mulut' kita pulak
Jangan asyik nak mengata, mengumpat, cakap kosong, cakap besar, tambah cerita, kurangkan cerita, mengejek dan macam-macam lagi. Tukar semua tu!! Cubalah, kalau nak tau
Saya pasti kita akan mengalami kesukaran untuk memastikan bahawa percakapan kita selari dengan niat kita. Tetapi jangan bimbang, tak ada yang mustahil....saya yakin kita pasti boleh

Yang ketiga dan yang menentukan dan akan menunjukkan bahawa kita telah berubah iaitu PERBUATAN kita. Faktor ini juga wajib selari dengan 2 faktor yang terdahulu.

Tak perlulah saya nyatakan disini apa yang perlu sahabat sekelian lakukan jika kerana kita masing-masing sudah cukup dewasa untuk menilai perbuatan yang mana baik atau tidak.

Sebagai rumusan, kita mestilah sentiasa tanamkan dalam diri kita 3 perkara yang saya sebutkan tadi iaitu NIAT, PERCAKAPAN dan PERBUATAN mestilah selari dan ditambah dengan segenggam KEIKHLASAN.

Jika kita hendak berubah kepada satu keadaan yang lebih baik, bawalah 3 perkara diatas. Saya pasti kita akan berjaya. Dan ingat pesananNya: Aku tidak akan merubah keadaan seseorang itu melainkan ia sendiri yang merubahnya"

Yang pasti, saya sendiri sedang berada dan sedang cuba untuk melakukan perubahan.....
Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik....

Sekian, marilah kita renung bersama.

Wassalam
Chief Huzaini

No Response to "Betapa susahnya untuk berubah..."